Tuesday, August 9, 2011

for those who once was King of my heart :(

**shocking rasanya if my old members baca blog tok, betulkah ini Izie yang ku kenal? haha! U guys know me better right?**

Hari ini aku rasa sepi,sunyi, empty je rasa dalam hati. Entah mengapa sejak minggu lepas, apa je kerja yang aku buat semuanya tidak betul. Itu tak kena, ini tak kena, serba-serbi tidak kena.

Dan ini semua disebabkan oleh dia... Dia yang suatu masa dahulu yang pernah ku sayang. Ya, memang terlambatlah rasanya aku hendak menulis blog nie, meluahkan perasaan yang boleh dikatakan menyakitkan hati... Tapi, hari ini rasa nak buat sesi luah-meluah feeling, huhu! Sejak daripada perpisahan pada Februari lepas, baru sekarang aku perasan bahawa cintaku untuknya masih lagi kuat, kuat sehingga kini. Tapi kuat untuk aku seorang sahaja. Mungkin baginya cinta untukku sudah kering-kontang, lama sudah tidak dibasahi rindu, maka dalam hati beliau tidak ada taman lagi :(...

Baru dua minggu lepas, mood aku sungguh bagus, ceria bangun pagi, masuk office pun happy, buat kerja pun tak merungut. Sebab masa itu, aku mengetahui bahawa dia masih lagi pakai gelang tangan getah kami berdua. Ya, both of us have one. Masih teringat lagi masa dia bagi gelang getah itu, so romantic! & malu-malu kucing, huhu! Sungguh bahagia rasanya ada orang sudi bagi hadiah. Walaupun tidak seberapa, walaupun tidak mahal, walaupun barang murah dan senang dibeli, walaupun haya gelang getah, tapi hadiah darinya sungguh bermakna, have thousands of meaning for me. Tapi sekarang aku tidak lagi pakai, kerana aku telah kecil hati :'(... Banyak memori kat gelang tangan getah dia, kalau masih lagi dipakai, ia akan buat aku lebih sedih, bertambah sedih, makin sedih~ Biarlah ku simpan saja gelang getah yang dia bagi, simpan baik-baik, jaga baik-baik...

Rindu, ya...semakin hari semakin rindu! Rasa tidak sedar diri dan sangat tidak patut rasanya aku nyatakan rindu kepada ex lama... But who cares, rasa rindu itu cuma aku seorang saja yang tahu, cuma aku seorang sahaja pendam dalam hati, tidak ada orang lain yang perasan pun @.@. Tapi lama-lama perasaan ini di luar kawalan, jadi selalu sangat jenguk Facebook dia, dalam sehari ada enam tujuh kali singgah. Sehinggakan aku tukar profile picture Bruno Mars (kerana mukanya ada iras-iras Bruno Mars! Rambut sama golong, sama hitam, Bruno look exactly like him if Bruno did not wear any hat! Seriously!), download semua lagu Bruno Mars... Nampak sangat aku seperti fanatik dengan Bruno Mars, tapi yang sebenarnya aku fanatik dengan ex lama, sudah gila bayang, crazy! Seperti cinta lama berputik kembali, membuat aku sungguh gembira dengan perasaan yang cuma sementara. Ini belum lagi termasuk berapa banyak post aku di wall dia, rindu dia sangat! :( Buat masa nie, dia tidak ada di Kuching. Masih lagi ku ingat janji darinya, sama-sama berbuka puasa bila dia balik dari Sri Aman. Tapi janji tinggal janji. Aku harus faham bahawa janji dia sekarang tidak boleh dipakai, janji itu cuma janji manis. Manissss sangat, manis macam tebu, sampai aku pun terjerat :(...

Entah mengapa aku nie terlalu mengharap, masih lagi menaruh harapan, harapan kepada perkara yang tidak pasti.....

Suatu hari, minggu lepas, kerana masuk campur girlfriend baru dia, dia dengan muktamadnya block aku dari friendlist. Aku terkejut, kecewa, terkilan, marah, tidak puas hati, hairan, dan segala macam perasaan yang bercampur gaul. (yala, kalau girlfriend dia tak buat hal suka-suka add dan hentam orang di FB takla jadi macam nie), kerana hubungan aku dan ex masih baik.

Salahkah aku rindu dengan ex lama? Siapa girlfriend itu mahu masuk campur hal peribadi aku? Ah....mungkin anda pembaca di luar sana berkata, "ini salah Izie bah ni, buat apa kacau boyfriend orang?" Tidak, anda semua sudah salah tanggapan, kalau dia tidak berhubung denganku, tidaklah aku teringatkan dia. Kalau dia tidak menelefonku, tidaklah aku rindu dengar suara dia. Kalau dia tidak bertanya khabar aku dan keluarga, tidaklah aku berasa seperti diambil berat. Ternyata dia masih lagi mengambil berat tentang kehidupanku sekarang. Kalau tidak, masa kan kami masih berhubungan. Dan kenapa pula mesti dia memberitahu aku tentang apa yang tengah dia buat sekarang, kerja apa... All the latest update, termasuklah bergaduh dengan girlfriend dia pun dia beritahu. Jadi, apa maksud beliau? Ada motif ka? Wah, susahnya...kerana aku ini suka fikir yang bukan-bukan. Segala perkara yang aku fikir akan ku buat kesimpulan yang negatif. Akibatnya aku sendiri tidak bermotivasi :(.

Tetapi apapun, terima kasih kepada kazen serta kawan-kawan aku, terutamanya Diana, Raymond Ngu dan Adib kerana banyak tolong....I appreciate your help. Dalam bulan puasa nie, tak baiklah kalau perasaan dendam itu timbul, kan? Tapi, hmm....biarlah masa yang menentukan semua. Bohonglah jika aku tak mengharap dia akan hubungi aku lagi... My instinct always say, (and my instinct always right), he will reach me again and we will keep in touch together. Biarlah, biarlah sekarang dia berfikir dahulu apa yang terbaik, mana yang baik, mana yang buruk, mana yang bagus, mana hutang-hutang, mana menyesal ke tak sebab block aku... <3




Friday, July 15, 2011

2 minggu sudah saya bermastautin di Kuching,,hahaha!

       Lamak rasanya sik update blog, hehe! bizi bah aaa...kalitok aku tulis blog sepeunhnya dalam bahasa Sarawak, okei la woh, hee! Banyak sikit idea mok taip lam blog, heh! Kinektok aku tengah praktikal di Perkeso, kat Kuching. So diam kat rumah makcik di Kuching, hee! Pandey-pandey la aku mbak dirik diam di rumah orang. Rami da orang kat rumah woo, family dari Brunei & Holland datang...Kenak la secara automatik aku pun english tiba-tiba jadi teruk, cit! Yala alu rasa sengkol speaking tek, huhuh! Maok rasanya mbak cdak semua pusing raon-raon Kuching, tapi aku tok makei keta kancil jak, ney cukup, huhu! Mun pandey mbak lori mok juak pinjam tek, heh! Mun sik leh la mbak member-member aku di Kuching tok lepak sama kaaa,,,huuu~!

     My practical? So far sooooo GOOD!!! Besh rasanya praktikal di Perkeso, bos bait, staff friendly, kamek orang, Izie, Aisah, & Diana terover friendly, huahua! Besh, banyak pengalaman dapat, banyak kawan juak, selain berkawan dengan staf opis, student praktikal dari UiTM Shah Alam, Haironie Haris & UMS Raymond Ngu, kira member baru kamek 3 la tek, hehe! Gamba banyak dekat Diana, kelakla upload nya, huhu! Kat opis, keja aku key in punch card, & keja-keja admin...okeila juak keja, mun sikda keja ya kamek orang main game kat PC opis, huahua! Tapi rindok la, bleh gain experiences banyak dari sia. Next week aku n Diana pindah level 7 gik, huhu!

     Okei, rasanya tok ajak la dolok, kelak update gik, heee! tatatatta~~

Monday, May 30, 2011

Hari yang sungguh membingungkan !

Wah, lama betul saya tidak meng’update’ blog, hehe! Dah berkulat, ada sawang labah-labah, berlumut, berlalang-lalang, rumput-rampai, rambu-ramba, semua ada, eee! Maaf ya, saya sangat bizi selepas kali terakhir saya post blog, bila oo? 3 bulan lepas? Ish3… lagipun tengah bizi exam, tak boleh la selalu sangat online, nanti ketagih pulak, huu!
Hari ini saya ingin berkongsi luahan hati yang sangat tidak puas! (tidak puas hati la tu, huuhuhuhu!) ada dua perkara yang bermain-main bola di kepala saya sekarang ni aaa…
Pertama, duit. Ya! DUIT! WANG! MONEY! PITIS! UANG! (bahasa indon, yer~), LUI! Sangat-sangat tidak memberangsangkan! Almaklumla saya ni pun bukan orang bekerja, masih mengharap duit orang tua. Bukannya saya ni memilih atau malas nak bekerja, tapi masa tidak mencukupi untuk saya bekerja sementara di luar. Lagipun awal bulan 7 ni nak praktikal, bulan 6 dah ready masuk rumah sewa. Dahla rumah sewa belum lagi jumpa, haiyo! Semenjak bapak mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, ini memaksa beliau menggunakan wang yang banyak untuk membiayai kos perubatan, perjalanan, belum lagi bayar bil, itu ini kos, menyebabkan gaji tak berbaki. Alangkah bagusnya kalau saya ni dah bekerja, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban orang tua, (tapi saya ni masih lagi belajar, huu~). Tambah pula dengan adik saya yang istimewa, ini menyukarkan saya nak bekerja sementara di luar kalau cuti semester yang singkat, kasihan la dengan mak, dahla saya ni lama tak balik rumah, lama betul rasanya tidak bermanja-manja dengan family. Kalau saya bekerja, Nampak benar saya ni langsung tak ada cuti! Lagipun kalau saya bekerja sementara pun, bapak gerenti tak kan suruh punya, lainla kalau cuti panjang, macam kawan-kawan degree saya yang lain, yang belum lagi praktikal, cuti 4 bulan wo! huhu! Tapi tidak mengapa, just stay positive. Positive thinking is important, itu cuma masalah kecil, (wah, kecil ka, huhuh). Insya Allah, masalah ini tidak mengganggu fikiran saya dan juga family. Di harap semuanya akan berjalan dengan lancar la owh? =)
Kedua, rumah sewa. Ya! RUMAH SEWA okei?! Memandangkan saya akan menjalani latihan praktikal, dan kos saya, BBA Marketing, mewajibkan pelajar praktikal di Kuching, dengan alasan, dekat dengan kampus dan senang berjumpa dengan advisor, huhu! Jadi perkara ini sedikit sebanyak agak menyusahkan kerana saya ni orang jauh, bukanlah menetap di Kuching pun, jadi terpaksa la bercari dengan rumah sewa. Nak cari rumah sewa pun bukannya senang, rumah sewa semua mahal-mahal. Bapak cuma bajet RM 300 dan ke bawah, fuh! Payah nak cari tu…~  pada awal bulan Mei, mak saya telefon (masa tu saya masih di UiTM), beliau jumpa rumah sewa, di area Satok, rumah saudara mak sendiri, huhu! Memandangkan itu saudara mak saya, dapat la jugak berunding harga murah sikit, so sewanya RM  250. Tuan punya rumah tu sekarang menetap di KL, bekerja di sana, jadi rumah di Kuching tu dia sewakan la. Tapi oleh kerana rumah tu lama sudah orang tak sewa, jadi rumah tu terbiar je gitu, tak dijaga, diabas sekejap ka bak kata orang Sarawak. Jadi rumah tu nampak usang sangat-sangat di dalam, tapi masih nampak cantik lagi di luar. Dipendekkan cerita, 2 hari lepas, mak pergi ke Kuching, semata-mata nak tengok keadaan rumah sewa tu okei ke tak. Punyalah terkejut bila mak tengok rumah tu, macam tongkang pecah. Banyak benda rosak, paip rosak, siling rosak, lantai pecah, cermin tingkap pecah, kayu loteng nak mereput, pintu keras susah nak buka, yalah, rumah lama yang tak didiami orang, huhu! Direct to the point la, mak reject je la rumah itu…maka sekarang saya masih lagi mencari rumah sewa, huhu! Nampaknya tidak jadi la family slow-slow berpindah ke Kuching. Maaf ya kawan-kawan, anda semua excited bila saya nak berpindah ke Kuching, sorry, this is not the right time, tunggulah dah ada kerja, or kerja di Kuching ka, boleh la, huhuhu! Maaf kerana menghancurkan perjanjian, wawawa! Sekian, terima kasih. Malas la nak sambung lagik, kalau nak tau cerita detail, Tanya saja direct, jangan Tanya orang, informasi akan jadi tidak betul, huhu! Tata! =(

Saturday, February 26, 2011

P/S I Love You (part 1)

I dedicated this post to my Beloved one....


Mula-mula saya kenal dia, er...tahun 2009, tengah tahun, hehe! Waktu itu, selepas habis diploma, saya tengah tunggu result untuk kemasukan baru degree di UiTM. Biasalah kan, kalau time cuti, kalau dah takde keja tu, facebooking all the time! (bapak tak suruh apply kerja sambilan, tolong mak kat rumah la hoo~ kemas rumah ka, masak ka, tanam sayur ka, wawawa!)
Pada suatu hari, (chewah), I got one friend request. For your information, saya malas nak approve orang yang saya tak kenal, but because he was studied in UiTM too, so why not I accept his friend request, :) . Nama beliau (hujung cerita la saya beritahu okeii?). Dia ambik kos diploma, semester 5 dan tengah praktikal. Aneh juga mereka praktikal pada semester 5, bukan semester 6 ka? Huhu! Fuh, praktikal dalam construction area, memang dasat! Apa lagi, kalau dah approve friend in Facebook, perkara pertama yang saya akan buat (dan wajib dibuat) ialah lihat dia punya profile picture. Handsome ka, tinggi ka, pendek ka, putih ka, hitam ka, poyo ka, ganas ka, nerdy ka, dan macam-macam ka yang lain, haha!
My first impression about him :
(1)    Sik hensem poooonnn~
(2)    Aieh, kenak nya rock gilak? Tapi makei songkok, camney ya?
(3)    Haha, sikit nerd,,wuwuwu!
(4)    Wah, biak uitm eh! Add jak,,hee!
So, saya add je, dan post, “hi, thankz for the add…” (skema nya!). selepas itu, saya ignore je dia,,,lama-lama kami selalu la reply komen kat Facebook, gossiping, dan bla-bla-bla, hehe! After a while, dia add YM, jadi kami ber YM pulak dah~ huhu! Banyak cerita dikongsi, pengalaman belajar, hidup sebagai student, praktikal, games, kereta, dota,(seriously Izie, kawu tauk hal dota? Wah!!!!) family, friends, UiTM di hatiku, bla-bla-bla! Setiap kali sebelum tido, mesti YM, tapi bila dah lama-lama, kalau tak YM, tak bergaduh, tak sah woo~
At that time, YM saya in mobile. So setiap kali logout, automatically go “im mobile” status. Mana-mana YM chat yang masuk, akan terus sent jadi mesej dalam handphone. Dia satu-satunya yang selalu kacau saya, walaupun saya dah logout, setiap hari, kecuali time dia tengah bekerja dalam praktikal. Kalau dah setiap hari, saya jadi fed up…FED UP eh! (boringnya orang laki tok, mala jak anta YM, huhuh!).
Mesti korang boring dengan cerita saya ni kan? Takde apa yang special nya kalau setakat introductory stage, semua orang pun macam tu,(yalah,mesti korang ingat “macamla dia sorang ada kawan FB…”). Okeiiii…..
Dipendekkan cerita, first time kami bertemu face to face bila saya paksa dia sama-sama jalan pergi ke kelas,hehe! Saya masih ingat lagi, hari itu hujan, dia bawa payung, tapi payung dah patah sebab kawan dia yang tolong patah, (ooo tedah!). He was holding an umbrella for me, we were in the same umbrella, so sweeeeetooo!
Yang buat saya jatuh hati… (belom jatuh cinta oi,haha)
(1)    Dia tolong pegang payung J
(2)    Senyum-senyum kucing, sangat pemalu…kiut eh
(3)    Suara kecik , lembut sangat-sangat! (bukan pondan okeeei)
(4)    Sopan-santun, I like!
(5)    Kalau jalan sama, mesti hantar sampai depan kelas
(6)    Sanggup bangun awal, sehingga kawan dia pun hairan dia dah chao awal turun kelas. Before turun, dia tolong kejutkan kawan bangun pagi J
(7)    First time pakai baju melayu hari Jumaat… (kononnya nak couple sama sedondon)
(8)    Tidak pernah bertentang mata time bercakap, tapi bila saya tengok tempat lain, dia tengok saya pulak !
(9)    I love the way he texted to me, from early morning till midnight J
(10) Betul-betul ambil berat pasal saya lo… (dah makan ktk? Mandi? Sakit sik? Assignment dah polah? Mun pening berhenti jap, jangan lupak makan ubat,kelas kitak abis sampey kol brapa? bla-bla-bla (sehingga saya tipu je cakap ya semua, huu!) )


รจ  we are not yet declare at this time, hehe !

*(p/s I Love You – part 2…to be continue J)

Friday, February 25, 2011

1st post

Haluu, this is my very first post! haha, not my perfect post anyway...actually lamak dah aku polah blog, tp baru sekarang ada,, konon-kononnya follow the trend, huhu! well, i need to introduce myself first.

Nama saya Izie Sherina, asal Sri Aman (bukan orang Kuching tapi lama dah tinggal kat Kuching, 5 tahun,wah!). Ada 2 beradik jak, of course im the eldest,huhu! Besar tanggungjawab anak sulung ni, lebih-lebih lagi kalau anak perempuan, huhu! Saya pelajar tahun akhir Bachelor in Marketing di UiTM Sarawak. Tapi adik saya tidak sekolah, dia adik saya yang paling istimewa...she's 17 this year...love her so much. Kerana perkara itulah tanggungjawab saya besar, kerana saya seorang saja yang boleh diharap, huhu!

Selebihnya, are secret,,hehe! Hal terlalu personal tak kan nak cerita dalam blog, haha! biarla yang rapat dengan saya je yang tahu,, :) amacam my 1st post? besh tak? do leave your comment,,sorry la ho, lom terrer bab edit-edit blog & hias-hias,,hehe! tengah belajar, heh! hive a nice day everyone!