Tuesday, August 9, 2011

for those who once was King of my heart :(

**shocking rasanya if my old members baca blog tok, betulkah ini Izie yang ku kenal? haha! U guys know me better right?**

Hari ini aku rasa sepi,sunyi, empty je rasa dalam hati. Entah mengapa sejak minggu lepas, apa je kerja yang aku buat semuanya tidak betul. Itu tak kena, ini tak kena, serba-serbi tidak kena.

Dan ini semua disebabkan oleh dia... Dia yang suatu masa dahulu yang pernah ku sayang. Ya, memang terlambatlah rasanya aku hendak menulis blog nie, meluahkan perasaan yang boleh dikatakan menyakitkan hati... Tapi, hari ini rasa nak buat sesi luah-meluah feeling, huhu! Sejak daripada perpisahan pada Februari lepas, baru sekarang aku perasan bahawa cintaku untuknya masih lagi kuat, kuat sehingga kini. Tapi kuat untuk aku seorang sahaja. Mungkin baginya cinta untukku sudah kering-kontang, lama sudah tidak dibasahi rindu, maka dalam hati beliau tidak ada taman lagi :(...

Baru dua minggu lepas, mood aku sungguh bagus, ceria bangun pagi, masuk office pun happy, buat kerja pun tak merungut. Sebab masa itu, aku mengetahui bahawa dia masih lagi pakai gelang tangan getah kami berdua. Ya, both of us have one. Masih teringat lagi masa dia bagi gelang getah itu, so romantic! & malu-malu kucing, huhu! Sungguh bahagia rasanya ada orang sudi bagi hadiah. Walaupun tidak seberapa, walaupun tidak mahal, walaupun barang murah dan senang dibeli, walaupun haya gelang getah, tapi hadiah darinya sungguh bermakna, have thousands of meaning for me. Tapi sekarang aku tidak lagi pakai, kerana aku telah kecil hati :'(... Banyak memori kat gelang tangan getah dia, kalau masih lagi dipakai, ia akan buat aku lebih sedih, bertambah sedih, makin sedih~ Biarlah ku simpan saja gelang getah yang dia bagi, simpan baik-baik, jaga baik-baik...

Rindu, ya...semakin hari semakin rindu! Rasa tidak sedar diri dan sangat tidak patut rasanya aku nyatakan rindu kepada ex lama... But who cares, rasa rindu itu cuma aku seorang saja yang tahu, cuma aku seorang sahaja pendam dalam hati, tidak ada orang lain yang perasan pun @.@. Tapi lama-lama perasaan ini di luar kawalan, jadi selalu sangat jenguk Facebook dia, dalam sehari ada enam tujuh kali singgah. Sehinggakan aku tukar profile picture Bruno Mars (kerana mukanya ada iras-iras Bruno Mars! Rambut sama golong, sama hitam, Bruno look exactly like him if Bruno did not wear any hat! Seriously!), download semua lagu Bruno Mars... Nampak sangat aku seperti fanatik dengan Bruno Mars, tapi yang sebenarnya aku fanatik dengan ex lama, sudah gila bayang, crazy! Seperti cinta lama berputik kembali, membuat aku sungguh gembira dengan perasaan yang cuma sementara. Ini belum lagi termasuk berapa banyak post aku di wall dia, rindu dia sangat! :( Buat masa nie, dia tidak ada di Kuching. Masih lagi ku ingat janji darinya, sama-sama berbuka puasa bila dia balik dari Sri Aman. Tapi janji tinggal janji. Aku harus faham bahawa janji dia sekarang tidak boleh dipakai, janji itu cuma janji manis. Manissss sangat, manis macam tebu, sampai aku pun terjerat :(...

Entah mengapa aku nie terlalu mengharap, masih lagi menaruh harapan, harapan kepada perkara yang tidak pasti.....

Suatu hari, minggu lepas, kerana masuk campur girlfriend baru dia, dia dengan muktamadnya block aku dari friendlist. Aku terkejut, kecewa, terkilan, marah, tidak puas hati, hairan, dan segala macam perasaan yang bercampur gaul. (yala, kalau girlfriend dia tak buat hal suka-suka add dan hentam orang di FB takla jadi macam nie), kerana hubungan aku dan ex masih baik.

Salahkah aku rindu dengan ex lama? Siapa girlfriend itu mahu masuk campur hal peribadi aku? Ah....mungkin anda pembaca di luar sana berkata, "ini salah Izie bah ni, buat apa kacau boyfriend orang?" Tidak, anda semua sudah salah tanggapan, kalau dia tidak berhubung denganku, tidaklah aku teringatkan dia. Kalau dia tidak menelefonku, tidaklah aku rindu dengar suara dia. Kalau dia tidak bertanya khabar aku dan keluarga, tidaklah aku berasa seperti diambil berat. Ternyata dia masih lagi mengambil berat tentang kehidupanku sekarang. Kalau tidak, masa kan kami masih berhubungan. Dan kenapa pula mesti dia memberitahu aku tentang apa yang tengah dia buat sekarang, kerja apa... All the latest update, termasuklah bergaduh dengan girlfriend dia pun dia beritahu. Jadi, apa maksud beliau? Ada motif ka? Wah, susahnya...kerana aku ini suka fikir yang bukan-bukan. Segala perkara yang aku fikir akan ku buat kesimpulan yang negatif. Akibatnya aku sendiri tidak bermotivasi :(.

Tetapi apapun, terima kasih kepada kazen serta kawan-kawan aku, terutamanya Diana, Raymond Ngu dan Adib kerana banyak tolong....I appreciate your help. Dalam bulan puasa nie, tak baiklah kalau perasaan dendam itu timbul, kan? Tapi, hmm....biarlah masa yang menentukan semua. Bohonglah jika aku tak mengharap dia akan hubungi aku lagi... My instinct always say, (and my instinct always right), he will reach me again and we will keep in touch together. Biarlah, biarlah sekarang dia berfikir dahulu apa yang terbaik, mana yang baik, mana yang buruk, mana yang bagus, mana hutang-hutang, mana menyesal ke tak sebab block aku... <3




0 comments:

Post a Comment